Kempen Internet Selamat (KIS) SMK Sungai Merah Sibu
27 Ogos 2025 | Aktiviti Terkini🌐 Kempen Internet Selamat (KIS) SMK Sungai Merah, Sibu, Sarawak
📅 Tarikh: 26 Ogos 2025 (Selasa)
⏰ Masa: 7.00 pagi – 8.00 pagi
Pada hari ini NADI Rantau Panjang telah melaksanakan Program Kempen Internet Selamat (KIS) bertempat di SK Sungai Merah, Sibu Sarawak. Program KIS ini dijalankan dibawah kendalian MCMC Cawangan Sibu.
Program ini bertujuan memberi pendedahan kepada pelajar berkenaan keselamatan Internet termasuk risiko yang dihadapi, tanggungjawab terhadap diri sendiri dan pengguna Internet yang lain serta kesan jangka panjang penggunaan Internet. Setiap peserta telah menunjukkan minat dan respon aktif semasa sesi program dijalankan.
🎯 Objektif Program:
- Memahami bahawa penggunaan Internet membawa kepada banyak risiko yang boleh membuatk mereka menjadi mangsa jenayah dalam talian.
- memahami bahawa kandungan di Internet bukan semuanya benar, dan pentingnya pengetahuan untuk membezakan kandungan yang sahih ataupun kandungan palsu atau tidak benar.
- Memahami konsep jejak digital serta menyedari bahawa setiap tindakan mereka di Internet meninggalkan kesa yang kekal dan boleh dijejaki.
👥 Peserta:
Sebanyak 800 orang murid telah terlibat dengan Program KIS ini iaitu dari pelajar Tingkatan 1 hingga Tingkatan 6.
📖 Modul yang Digunakan:
- Rancangan Sesi Pengajaran(RSP) Modul Murid Sekolah Menengah (13-17 tahun)
📚 Aktiviti:
Aktiviti yang dijalankan adalah:
- Pengenalan NADI (15 Minit): Promosi NADI
- Penetapan Minda (15 Minit): Aktiviti Pecah Ruyung
- Pelajaran 1 (15 Minit): Fakta atau Auta
- Pelajaran 2 (15 Minit): Detektif Jejak Digital
✅ Hasil Program:
Secara keseluruhan, program ini berjaya mencapai objektif dengan memberi penekanan dan kesedaran kepada murid tentang cara menggunakan internet secara berhemah, bijak dan selamat. Terima kasih diucapkan kepada pihak sekolah SMK Sungai Merah, Sibu kerana telah sudi bekerjasama dalam menjayakan Program KIS ini. Para pelajar juga mendapat kesedaran dan penggunaan internet yang positif dan bertanggungjawab.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: